Kerja Kosong Perbadanan Kampong Bharu (PKB) Disember 2016

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan Kampong Bharu (PKB) Disember 2016 seperti berikut:-

1. Arkitek J48

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
Dan cara memohon

Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

(i) Resume;
(ii) Salinan Sijil Kelahiran;
(iii) Salinan Kad Pengenalan;
(iv) Salinan Berhenti Sekolah
(v) Salinan Sijil SPM/ STPM/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda;
(vi) Sekeping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan); dan
(vii) Salinan sijil-sijil ko-kurikulum.

Setiap salinan Sijil/ Dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan/ Profesional)/ Pengetua Sekolah/ Wakil Rakyat/ Penghulu/ Ketua Kampung). Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon pada penjuru kiri atas sampul surat yang dihantar. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu
Aras Bawah, 1 & 2, Rumah ROHAS,
Lot 61, Jalan Raja Abdullah
Kampong Bharu
50300 KUALA LUMPUR.

(u.p : Unit Khidmat Pengurusan)

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup hendaklah mengangap permohonan mereka tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan:- 31 Disember 2016

style-3

Advertisements