Kerja Kosong Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Disember 2016

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Disember 2016 seperti berikut:-

1. Penolong Pegawai Tanah NT29

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
Dan cara memohon

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan PPTGWP yang dilampirkan bersekali dengan iklan ini di pautan dibawah. Setiap permohonan mestilah disertakan dengan salinan dokumen yang telah diakui sah oleh Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Penghulu/ Ketua Kampung mengikut susunan seperti yang berikut :

i. Salinan kad pengenalan;
ii. Salinan sijil kelahiran/ surat beranak;
iii. Salinan SPM/ SPMV/ STPM atau setaraf;
iv. Salinan diploma/ sijil; dan
v. Sekeping gambar berukuran pasport (latar belakang biru).

Permohonan hendaklah  dihantar ke alamat seperti yang berikut :

Pengarah
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 4, Rumah Persekutuan
Jalan Sultan Hishamuddin
50678 Kuala Lumpur

(u.p.: Puan Norazilawati binti Rohanuddin)

Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Tarikh Tutup Permohonan:- 30 Disember 2016

style-3

Advertisements