Kerja Kosong Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor (PNJ) Disember 2016

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor (PNJ) Disember 2016 seperti berikut:-

1. AKAUNTAN WA41
2. PENOLONG AKAUNTAN W29
3. PEMBANTU AKAUNTAN W19

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Permohonan hendaklah menggunakan Borang PKNJ(T)01 yang asal yang boleh didapati dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10cm x 23cm yang beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 atau mengambil sendiri di kaunter Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor atau layari laman web. http://www.pnj.johor.gov.my. Pegawai-Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab A Bil. 21 dan pastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata Perkhidmatan yang kemaskini disertakan bersamasama. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport dan salinan diakui sah dokumendokumen berikut:

1. Sijil Kelahiran
2. Kad Pengenalan
3. Sijil Persekolahan/Diploma/Ijazah/Berhenti Sekolah
4. Lain-lain Surat Akuan

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat :-

Pegawai Kewangan Negeri
Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor,
Aras 2, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad
Pusat Pentadbiran Kota Iskandar,
79592 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim.

Tarikh Tutup Permohonan:- 29 Disember 2016

style-3

Advertisements