Kerja Kosong Majlis Sukan Negara (MSN) Disember 2016

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Sukan Negara (MSN) Disember 2016 seperti berikut:-

1. Akauntan / Pegawai Kewangan W41

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
Dan cara memohon

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan BORANG PERMOHONAN JAWATAN yang boleh dimuat turun melalui laman web MSN di pautan dibawah. Semua permohonan hendaklah disertakan dokumen-dokumen yang DISAHKAN seperti berikut:-

(i) Salinan sijil persekolahan (PMR/PT3/SPM/SPMV/STPM/STAM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf;
(ii) Salinan Diploma/Ijazah serta transkrip dan sijil-sijil kemahiran yang berkaitan;
(iii) Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
(iv) Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran; dan
(v) Gambar terbaru berukuran paspot (tidak dikembalikan)

Permohonan hendaklah  dialamatkan kepada:-

Cawangan Sumber Manusia
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil,
57000 Kuala Lumpur.

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas TIGA (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan:- 16 Disember 2016

style-3

Advertisements