Kerja Kosong Majlis Perbandaran Seremban (MPS) Disember 2016

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Seremban (MPS) Disember 2016 seperti berikut:

1. Penolong Pegawai Tadbir N29
2. Pembantu Setiausaha Pejabat N19 / Setiausaha Pejabat N29
3. Pengawal Keselamatan KP11
4. Penghantar Notis N11

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
Dan cara memohon

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang didapati dengan dikenakan bayaran sebanyak RM 2.10 (1 borang) di Majlis Perbandaran Seremban dengan mengambil sendiri dan 1 borang adalah untuk 1 jawatan sahaja. Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan salinan maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan Dan Profesional seperti berikut :

i) Salinan kad pengenalan (telah dipalang ’untuk kegunaan MPS sahaja’)
ii) Salinan surat beranak
iii) Salinan sijil-sijil kelayakan
iv) Salinan transkrip bagi sijil yang berkenaan
v) Gambar berukuran pasport

Sila hantarkan permohonan anda ke alamat berikut :

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Seremban,
Jalan Yam Tuan,
70990 Seremban.

(u.p. : Jabatan Khidmat Pengurusan)

Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan:- 06 Disember 2016

style-3

Advertisements